Edisi ke-29 Le Tour de Langkawi 2024 akan berlangsung pada 28 September hingga 5 Oktober 2024 bakal meliputi perlumbaan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Perlumbaan jelajah berbasikal tertua Asia kembali bagi edisi ke-29, dengan lapan pusingan yang bakal menanti pelumba tempatan mahupun antarabangsa.

Sejauh 1,257 kilometer bakal ditempuhi barisan pelumba bermula di Langkawi untuk Peringkat 1, diikuti Peringkat 2 dari Padang Besar ke Kepala Batas, Gerik ke Pasir Puteh (Peringkat 3), Kuala Terengganu ke Kemaman (Peringkat 4), Temerloh ke Bukit Fraser (Peringkat 5), Shah Alam ke Port Dickson (Peringkat 6), Melaka ke Medini (Peringkat 7) dan Tangkak ke Kuala Lumpur (Peringkat 8).

Berbanding edisi lalu, tiada peringkat bakal dianjurkan di bumi Sarawak dengan hanya memberikan tumpuan di Semanjung.

Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu majlis berlangsung di Bukit Kiara, sebentar tadi.

– Stadium Astro