Teka-teki barisan pelumba skuad berbasikal lebuhraya negara bagi mengharungi perlumbaan Petronas Le Tour De Langkawi (LTdL) 2025 akhirnya terlerai menerusi pengumuman rasmi enam pelumba terbaik yang akan membaca cabaran negara hari ini.

Pelumba berpenggalaman berusia 36 tahun, Mohd Shahrul Mat Amin, mengetui buruan jersi putih sebagai Pelumba Terbaik Asia yang pernah dimenangi Adiq Husainie Othman dalam edisi 2016.

Selain Shahrul Mat Amin, skuad negara turut dibarisi Muhamad Ikmal Zarawi, Muhammad Yusri Shaari, Elmi Jumari, Amir Kamal dan Kee Zhe Yie.

Shahrul Mat Amin turut memasang hajat mengetuai aspirasi skuad negara untuk muncul Pasukan Terbaik Asia yang kali terakhir dimenangi pada edisi 1999.

Selaku pelumba versatil berstatus domestique, Shah Mat Amin, turut bertindak selaku individu yang bertanggungjawab melunaskan strategi taktikal perlumbaan mengikut kehendak Yusof Abdul Nasir.

“Pertama sekali terima kasih jurulatih yang masih memberikan kepercayaan kepada saya, meskipun banyak pengalaman tetapi ia tidak dibawa dalam perlumbaan jika tidak beraksi dengan baik dalam acara besar ini.

“Memang perlu ada persiapan rapi, saya akan cuba bantu pelumba baru. Selepas peringkat pertama kita boleh lihat bagaimana kemampuan pelumba lain.

“Untuk kita tawan peringkat ketiga atau kelima, paling penting posisi apabila menyerang mahupun mendaki, ia perlukan pengalaman untuk tahu keadaan kami. Kami akan lakukan yang terbaik.” katanya.

– Stadium Astro